Peduli dan mendidik persekitaran kami melalui kesedaran beriman.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nam facilisis finibus sapien.
MENGENAI KAMI
Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (Dahulu dikenali sebagai Grup Alam Sekitar Sejahtera) (GRASS) telah ditubuhkan pada tahun 2015 dengan visi iaitu agama dan kepercayaan merupakan elemen utama dalam penjagaan alam sekitar. Sebagai badan bukan kerajaan (NGO), kami telah fokus ke arah menyediakan pendidikan alam sekitar melalui bengkel, eko terapi, dan pendidikan agama. Kami juga terbuka kepada masyarakat umum dan memberi keutamaan kepada golongan belia kerana kami sedar bahawa mereka merupakan pemimpin pada masa akan datang yang akan menerajui perubahan alam sekitar.
Anda pasti bertanya, mengapa pendidikan agama? Kami menerapkan pendidikan agama kerana kami sedar akan situasi di mana masyarakat masih kurang cakna tentang penjagaan alam sekitar sebagai salah satu perkara penting dalam agama masing-masing. Kami berharap untuk mengubah sentimen tersebut dan mengaplikasikannya dengan sebaik mungkin!
Kami juga mengalu-alukan segala bentuk kolaborasi dengan badan bukan kerajaan yang lain, badan kerajaan, universiti awam dan swasta yang mempunyai hala tuju yang serupa untuk menyertai bengkel kami pada masa akan datang. Kami juga berhasrat untuk mengembangkan lagi usaha kami dalam kerja-kerja berkaitan alam sekitar ini di peringkat pemimpin akar umbi, sekolah dan orang awam kerana bersama-sama, kita boleh melakukan perubahan yang ketara walaupun bermula secara kecil-kecilan.
Perkhidmatan Kami
Di GRASS, kami menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan seperti yang berikut:
Bengkel
- Penambahbaikan produk
- Pelaksanaan kebun tanaman makanan
- Amalan kitar semula ( bersama kanak-kanak, belia dan ahli komuniti)
Eko Terapi ( Modul terapi berasaskan alam semulajadi)
- Terapi hutan
- Mandian hutan
- Menapak bumi dan pembumian
- Berjalan-jalan di alam semulajadi
Berita dan Aktiviti Kami
Jangan ketinggalan! Perhatikan halaman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang berita, aktiviti dan juga bengkel kami!
Presiden grass malaysia
Saudara Muhammad Yusaimi Bin Md Yusof
Kenali seluruh pasukan kami

Saudara Muhammad Yusaimi Bin Md Yusof

Saudara Mohd Khairul Ridhwan Adha Bin Akhiar

Puan Nurainisyamimi Bt Mohd Bistamim

Cik Nadwa Bt Saiful Anwar
Ahli Jawatankuasa

Encik Ahmad Bakrin Sofawi Bin Abu Bakar

Encik Raihan Bin Idris

Cik Nur Alia Bt Abd Halim
Our News
Your dentistry information source that will help you
take control of your dental health.